Dell PowerEdge T420

Pada bulan Okober 2013, kami sekali lagi mendapat tempahan daripada pihak Primadona. Kami diminta untuk memberi sebut harga berkenaan dengan sistem server untuk kegunaan akaun mereka.

Setelah berbincang, kami telah memberikan sebut harga untuk server jenama DELL Power Edge T420. Server ini mempunyai 2 buah processor Intel® Xeon® processor E5-2400, 2.2 GHz, 6 Core. Selain itu ianya mempunyai 12 slot ram.
 PowerEdge T420 Server

Dell PowerEdge T420

Sistem server ini mampu bertahan selama 900 jam pada suhu persekitaran 40°C setahun. Ianya menggunakan power supply berkuasa 495W X 2. 

Server ini amat sesuai bagi kegunaan syarikat yang kecil. saiz-nya tidak terlalu besar dan boleh di muatkan pada meja kerja anda. Dengan ketahanan tubuhnya yang kuat dan pengaliran haba yang baik, sistem ini sesuai juga digunakan pada kawasan yang tiada penghawa dingin.

Kami telah pun memasangnya dan ianya berjalan dengan lancar dan baiknya. Terima kasih kepada Primadona Worldwide (M) Sdn. Bhd. kerana percaya pada kebolehan kami.