Pada 22 Oktober yang lepas, En. Muhammad Luqman telah di jemput oleh usahawan Coway untuk memberi berkongsi kepada usahawan-usahawan Coway berkenaan dengan Internet Marketing. 

Coway merupakan syarikat elctronik untuk isi rumah yang terkenal di Korea. Coway mula terkenal di Malaysia sekitar tahun 2006. dan kini Coway merupakan jenama yang prihatin untuk kesihatan anda dan alam sekitar, menyediakan peralatan rumah 100% mesra alam untuk kesejahteraan anda. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 40,000 pelanggan di Malaysia dan jumlah itu berkembang pesat.

Mereka merupakan usahawan yang sangat berjaya di bidang julan terus. Namun mereka ingin melopori bidang jualan secara online bagi meningkatkan lagi jualan mereka. Untuk itu En. Luqman sedikit sebanyak membantu usahawa-usahawan ini untuk menceburi bidang internet marketing pula.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua usahawan Coway yang banyak membantu untuk menjayakan Workshop ini. Semoga ilmu yang diberi dapat memberi manfaat kepada masyarakat...

Di bawah ini kami sertakan video di sekitar workshop ini dijalankan. Selamat menonton..