Sunday 17 November 2013

Kalau dahulu kami membuat vlog tentang penukaran screen. Kali ini kami memberi sedikit tips secara ringkas tentang cara penjagaan screen yang sangat mudah tetapi amat berguna.

Terkadang kita sebagai pengguna cuai tentang cara penjagaan laptop ini. Kami pihak OKCS amat perihatin dan sangat ingin membantu para pelanggan kami untuk menjaga laptop mereka..

Sila lihat video di bawah ini tentang cara penjagaan screen yang sangat ringkas..


Post Created by Support It OKCS

Friday 15 November 2013


Refurbish atau Membaik pulih adalah produk atau barangan (biasanya elektronik) yang telah sebelum ini dikembalikan kepada pengeluar atau penjual untuk pelbagai sebab. Produk diubahsuai biasanya diuji untuk fungsi dan kecacatan sebelum ia dijual kembali.

Perbezaan utama antara "Refurbished" dan produk "Used" ialah produk-produk diubahsuai telah diuji dan disahkan untuk berfungsi dengan baik, dan dengan itu bebas daripada kecacatan, manakala "Used" produk ini mungkin atau mungkin tidak rosak. Produk "Refurbished" mungkin dipulangkan oleh pelanggan dimana ianya masih tidak digunakan yang dasarnya barangan baru, atau ia mungkin produk yang rosak yang dipulangkan di bawah jaminan, dan dijual oleh pengeluar selepas membaiki kecacatan dan memastikan fungsi yang betul.




Kami di OKCS PLT juga menggalakkan anda untuk membeli barangan ini kerana, ianya masih di dalam kondisi baru dan ketahanannya amat kuat. Kami menjual laptop Refurbish dengan harga lebih rendah dari harga asal. Jika anda lihat HP Probook yang ada di pasaran adalah amat tinggi. Kerana HP Probook ini merupakan Laptop yang paling berkualiti keluaran HP. Selain dari HP terdapat banyak lagi model lain yang kami jual seperti Dell dan Lenovo.


Sumber wikipedia 

Post Created by Support It OKCS


Brand HP
Model HP Compaq 6530b
OS Type Vista Business
CPU Intel(R) Core(TM)2 Duo CPU P8400 @ 2.26GHz
RAM 2 GBytes
HDD Size 160 GB
Screen Size 14.1" LCD
Drive Type DVD+R DL




Brand HP
Model HP EliteBook 6930p
OS Type Vista Business
CPU Intel(R) Core(TM)2 Duo CPU T9600 @ 2.80GHz
RAM 4 GBytes
HDD Size 320 GB
Screen Size 14.1" LCD
Drive Type DVD+R DL





Brand HP
Model HP EliteBook 8440p
OS Type Windows 7 Pro
CPU Intel(R) Core(TM) i5 CPU 540M @ 2.53GHz
RAM 4 GBytes
HDD Size 250 GB
Screen Size 14.0" LED
Drive Type DVD+R DL

Post Created by Support It OKCS

Thursday 14 November 2013



Salam sejahtera semua. Entri hari ini adalah berkenaan dengan seminar yang berlangsung pada 9 November 2013. Seminar ini di adakan di UniKL MICET Melaka. Seminar ini bertajuk "Rahsia Format Kedai Komputer".

Objektif seminar ini adalah untuk berkongsi kepada para pelajar UniKL tentang cara yang kami sebagai pusat repair komputer format komputer pelanggan kami. Ianya sangat mudah dan amat di galakkan kepada mereka pelajar UniKL MICET untuk menjana pendapatan daripada itu.

Di bawah ini kami sajikan kepada anda video di sekitar seminar ini dijalankan...


Post Created by Support It OKCS

Friday 8 November 2013

Dell PowerEdge T420

Pada bulan Okober 2013, kami sekali lagi mendapat tempahan daripada pihak Primadona. Kami diminta untuk memberi sebut harga berkenaan dengan sistem server untuk kegunaan akaun mereka.

Setelah berbincang, kami telah memberikan sebut harga untuk server jenama DELL Power Edge T420. Server ini mempunyai 2 buah processor Intel® Xeon® processor E5-2400, 2.2 GHz, 6 Core. Selain itu ianya mempunyai 12 slot ram.
 PowerEdge T420 Server

Dell PowerEdge T420

Sistem server ini mampu bertahan selama 900 jam pada suhu persekitaran 40°C setahun. Ianya menggunakan power supply berkuasa 495W X 2. 

Server ini amat sesuai bagi kegunaan syarikat yang kecil. saiz-nya tidak terlalu besar dan boleh di muatkan pada meja kerja anda. Dengan ketahanan tubuhnya yang kuat dan pengaliran haba yang baik, sistem ini sesuai juga digunakan pada kawasan yang tiada penghawa dingin.

Kami telah pun memasangnya dan ianya berjalan dengan lancar dan baiknya. Terima kasih kepada Primadona Worldwide (M) Sdn. Bhd. kerana percaya pada kebolehan kami.





Post Created by Support It OKCS

Monday 28 October 2013

Pada 22 Oktober yang lepas, En. Muhammad Luqman telah di jemput oleh usahawan Coway untuk memberi berkongsi kepada usahawan-usahawan Coway berkenaan dengan Internet Marketing. 

Coway merupakan syarikat elctronik untuk isi rumah yang terkenal di Korea. Coway mula terkenal di Malaysia sekitar tahun 2006. dan kini Coway merupakan jenama yang prihatin untuk kesihatan anda dan alam sekitar, menyediakan peralatan rumah 100% mesra alam untuk kesejahteraan anda. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 40,000 pelanggan di Malaysia dan jumlah itu berkembang pesat.

Mereka merupakan usahawan yang sangat berjaya di bidang julan terus. Namun mereka ingin melopori bidang jualan secara online bagi meningkatkan lagi jualan mereka. Untuk itu En. Luqman sedikit sebanyak membantu usahawa-usahawan ini untuk menceburi bidang internet marketing pula.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua usahawan Coway yang banyak membantu untuk menjayakan Workshop ini. Semoga ilmu yang diberi dapat memberi manfaat kepada masyarakat...

Di bawah ini kami sertakan video di sekitar workshop ini dijalankan. Selamat menonton..


Post Created by Support It OKCS

Sunday 27 October 2013

Company Secratarial Division merupakan syarikat bawah nauangan Telekom Malaysia (TM). Mereka beroperasi di banggunan TM di Bangsar. 

Kami mendapat panggilan daripada pihak COSED untuk menukar screen bagi 2 buah laptop dan 1 buah laptop mempunyai masalah dengan chipset.

Kami membuat pemasangan terus di pejabat mereka. Dan hasilnya amat memuaskan pihak COSED. Terima Kasih diucapkan. Kami sedia membantu di dalam apa sahaja masalah komputer yang di hadapi.




 



Post Created by Support It OKCS

Thursday 10 October 2013

Kami kini telah bermula untuk menceburi bidang pengajian dan latihan bagi mereka yang berminat untuk mempelajari ilmu tentang membaiki komputer. 5 oktober 2013 merupakan seminar kami yang pertama bertempat di UIA gombak. Pada kelas tersebut, kami mengajar pelajar UIA tentang cara untuk Install atau Format komputer. Sila lihat video di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut tentang seminar kami..


Post Created by Support It OKCS

Ramai yang tidak ambil tahu tentang cara menjaga adapter laptop ini. Walaupun ianya perkara kecil, tapi ianya amat di perlukan jika anda ingin menggunakan laptop anda. Mari lihat pada video di bawah ini untuk mengetahui bagaimana untuk menjaga adapter laptop anda dengan cara yang berkesan.

Post Created by Support It OKCS

Di sini kami berkongsi kepada anda tentang cara menjaga bateri bagi kebanyakan laptop yang menggunakan bateri jenis Li-ion. Ianya banyak membantu anda jika anda sering menukar bateri anda. Jika anda ingin tahu, sila tengok video di bawah ini..


Post Created by Support It OKCS

Kepakaran kami adalah untuk kebaikan anda semua. Kami hanya memerlukan kurang dari 5 minit untuk menukar screen laptop anda yang rosak kepada yang baru.. Anda boleh lihat di video di bawah ini. Hanya memerlukan 3.48 minit sahaja..

Post Created by Support It OKCS

Thursday 19 September 2013


Printer adalah sebuah alat pencetak elektronik yang membolehkan anda untuk mencetak berbagai jenis data baik dokumen maupun gambar dalam pelbagai jenis bentuk.

Printer ini begitu penting bagi mereka melakukan kerja yang memerlukan bahan nyata atau mudah kata 'Hard Copy'. Ianya selalu digunakan oleh individu yang melakukan kegiatan baik tugas maupun cetak laporan yang memerlukan alat seperti printer.

Namun begitu, haruslah anda ambil tahu tentang perbezaan jenis printer yang terdapat di dalam dunia ini. Terdapat 2 jenis printer iaitu, INK JET dan LASER JET.


Apakah perbezaan kedua-dua jenis printer ini?



Laser jet

Kepantasannya mencetak pelbagai document menjadikan printer ini lebih diminati. Ia menggunakan drum sebagai alat yang menyebarkan warna pada kertas mengikut kepada maklumat yang di sampaikan daripada sinaran lampu laser.

Ink Jet

Printer ink jet pula memerlukan sedikit masa untuk ianya mencetak sesuatu document bergantung kepada saiz atau pun berapa banyak imej atau abjad yang terdapat didalam dokument bagi setiap sehelai kertas.

Contohnya, jika anda menggunakan 1/3 dari kertas berukuran A4, ia mungkin tidak mengambil masa untuk mencetak. Namun jika anda menggunakan 1/2 atau sepenuhnya dari pada kertas A4, anda dapat bayangkan masa yang diambi. Apatah lagi jika anda mencetak gambar yang ber resolusi tinggi. Anda juga perlu menggunakan kertas yang lebih tebal untuk mencetak gambar kerana dakwan merupakan cecair, jika kertas nipis sudah tentu kertas akan terkoyak atau tembus.


Ini kerana Ink Jet menggunakan sistem semburan dimana inkhead atau nozzle ini akan menyembur setiap dakwat ke atas kertas dan ianya perlu dilakukan dengan beberapa peringkat supaya dakwat yang di semburkan lebih rata dan tidak menembusi kertas.


Kenapa Lasejet lebih mahal dari Ink Jet

Laser Jet

Setiap color atau tonner memerlukan 1 drum bagi setiap satu tonner. Dan setiap bahagian tonner terdapat sinaran lampu laser yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk digital kepada drum. Untuk mendapatkan kualiti yang terbaik, ianya perlu menggunakan laser yang berkualiti dan tahan lasak.


Selain dari itu, laser jet menggunakan dakwat dalam bentuk serbuk. Serbuk ini amat tinggi kosnya oleh kerana itu jugalah hasil kualiti yang anda akan dapat adalah amat memuaskan. Ianya juga tahan lama dan tidak mudah rosak jika terkena air (kecuali anda rendam kertas tersebut).

Sukar untuk anda mencari tonner yang tiruan yang berkualiti. Jika anda sewenang-wenangnya menggunakan tonner yang tidak berkualiti, ianya akan menjejaskan sistem printer. Dari situlah puncanya kertas tidak keluar, kertas tersanggkut, kertas menjadi kotor dan pelbagai lagi kerosakkan. Jadi seeloknya anda mendapatkan tonner printer yang Original dan Berkualiti.


Harga bagi tonner dari RM150 hingga RM250 bergantung kepada jenis printer dan tonner. So, amat sesuai bagi kegunaan pejabat besar saiznya.

Ink Jet

Printer ini hanya menggunakan cecair dakwat yang perlu di isi di dalam kotak katrij printer tersebut. Walaupun kualitinya kurang memberangsangkan, namun berpatutan dengan harganya. 


Ada sesetengah printer membolehkan anda menggunakan sistem CISS Continuous Ink Supply System jika anda terperasan printer yang terdapat bekas di isi dengan dakwat di bahagian tepi printer, itulah CISS. Ianya memudahkan pengguna yang banyak mencetak dan amat memerlukan dakwat sentiasa ada.


Sistem ini tidak terdapat pada printer laser jet dan juga tidak ada satu pengeluar printer pun yang menjual sistem ini. Sistem adalah sistem custom atau diy. Dimana pihak ketiga yang mencipta sistem ini.


Anda tidak perlu membeli katrij berulang kali. Hanya perlu melabur sedikit wang untuk membeli sistem CISS dan jika dakwat sudah kering anda hanya perlu membeli dakwatnya sahaja. Setiap satu botol dakwat boleh didapati RM30 ke RM50 sahaja. Ada yang kurang kualitinya RM10 ke RM20 sahaja.


Printer seperti ni sesuai digunakan di rumah atau pejabat kecil yang hanya perlu mencetak document tanpa gambar yang banyak. Kebanyak penggunanya adalah di kalangan pelajar-pelajar institusi tinggi yang perlu mencetak pelbagai nota dan tugasan lain.


Mana satu yang perlu anda pilih?

Sebagai pebekal printer, kami amat terbuka untuk anda membuat pilihan antara Ink jet atau Laser jet. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurang.

Untuk mereka yang mementingkan kualiti gambar dan perlu melakukan kerja yang cepat, seharusnya anda memiliki printer Laser Jet. Anda boleh nilai kualiti yang anda akan dapat. Sudah pasti ianya amat terbaik! 

Satu yang perlu anda tahu, satu unit toner harga mungkin sedikit mahal. Tapi, anda perlu juga tahu satu unit toner boleh mencetak sehingga 1000 hingga ke 2000 kertas. Kerana Laser jet amat kurang pembaziran dakwatnya berbanding printer Ink jet. Dan juga Laser jet mudah di selenggara.

artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang printer, tonner, katrij, catrij, printer supply, printer service, laser jet printer, ink jet printer, computer supply, it service, computer support, it support, it maintenance, computer service, it supply, ok computer solution, okcs, ok computer solution plt, ok computer solution it support

Post Created by Support It OKCS

Friday 30 August 2013

Rhea Offshore Sdn. Bhd. merupakan antara syarikat pembina pelantar minya milik bumiputera yang sangat hebat. Mereka membina pelantar di sekitar perairan Malaysia dan di seluruh dunia.

kami sangat berbangga kerana bekerjasama dengan mereka yang mana jika mereka menghadapi masalah komputer, kami adalah yang pertama mereka akan hubungi.

Yang terbaru ini mereka mempunyai masalah pada komputer mereka yang didapati mempunyai virus. Keadaan komputer menjadi terlalu lembab dan melarat sehingga hang yang agak lama.

Technician kami mengambil komputer tersebut, dan membawanya ke permis untuk melakukan proses format.

Setelah selesai kami terus menghantarnya semula..

http://www.rhea.com.my/






artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang computer supply, it service, computer support, it support, it maintenance, computer service, it supply, rhea offshore sdn. bhd., ok computer solution, okcs, ok computer solution plt, ok computer solution it support

Post Created by Support It OKCS

Friday 23 August 2013

Evelove merupakan syarikat pengeluaran barangan bayi yang tersohor di Malaysia. 

Pada 21 ogos yang lalu, Kami menerima panggilan dari Evelove yang menyatakan printer mereka mengalami kerosakan. Printer tersebut mempunyai masalah dimana apabila kita sudah print sesebuah document, ianya tidak dapat diterima oleh printer. Dan adakalanya Kertas seringkali tersangkut atau 'jam'. Sudah habis technician kami membelek printer tersebut, dari setting printer ke driver hinggalah ke usb connection, tidak juga kami jumpa penyelesaiannya. Akhirnya kami membawa pulang printer tersebut untuk pemeriksaan yang lebih teliti. 

Setelah di periksa dengan teliti, alhamdulillah kami berjaya menjumpai masalah yang dihadapi oleh printer tersebut. Ianya berpunca daripada feeder tray tidak di pasangkan pada printer tersebut. Ini menjadi punca kertas yang masuk seringkali tersangkut atau 'jam'.

Setelah selesai kami melakukan pembaikpulihan, kami menghantarnya semula kepada pihak Evelove.

http://www.evelove.com.my/








artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang printer, tonner, katrij, catrij, printer supply, printer service, computer supply, it service, computer support, it support, it maintenance, computer service, it supply, evelove sdn. bhd., ok computer solution, okcs, ok computer solution plt, ok computer solution it support

Post Created by Support It OKCS

Pada bulan July yang lepas, Kami menerima order dari sebuah syarikat kejuruteraan elektrik yang amat terkemuka di semenanjung Malaysia. Syarikat ini menempah bateri bagi laptop. Terima kasih diucapkan kepada pihak Indkom Sdn. Bhd. kerana mempercayai perkhidmatan kami. Dan juga kami mengharapkan pihak Indkom Sdn. Bhd. berpuas hati dengan perkhidmatan kami itu.. 

http://www.indkom.com.my/




artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang computer supply, it service, computer support, it support, it maintenance, computer service, it supply, indkom sdn. bhd., ok computer solution, okcs, ok computer solution plt, ok computer solution it support

Post Created by Support It OKCS

Tuesday 20 August 2013

Pada bulan Julai yang lepas, kami menerima tempahan dari sebuah syarikat multilevel yang sedang meningkat naik di semenanjung Malaysia ini. Syarikat ini baru di buka dan kami amat bertuah kerana di pertanggung jawabkan untuk menyediakan 8 buah sistem komputer bersama 3 printer.














artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang computer supply, it service, computer support, it support, it maintenance, computer service, it supply, primadona worldwide, ok computer solution, okcs, ok computer solution plt, ok computer solution it support

Post Created by Support It OKCS



Subscribe to our mailing list

* indicates required
Close