Kami kini telah bermula untuk menceburi bidang pengajian dan latihan bagi mereka yang berminat untuk mempelajari ilmu tentang membaiki komputer. 5 oktober 2013 merupakan seminar kami yang pertama bertempat di UIA gombak. Pada kelas tersebut, kami mengajar pelajar UIA tentang cara untuk Install atau Format komputer. Sila lihat video di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut tentang seminar kami..
Thursday, 10 October 2013
Ramai yang tidak ambil tahu tentang cara menjaga adapter laptop ini. Walaupun ianya perkara kecil, tapi ianya amat di perlukan jika anda ingin menggunakan laptop anda. Mari lihat pada video di bawah ini untuk mengetahui bagaimana untuk menjaga adapter laptop anda dengan cara yang berkesan.
Post Created by Support It OKCS
Thursday, 19 September 2013

Printer adalah sebuah alat pencetak elektronik yang membolehkan anda untuk mencetak berbagai jenis data baik dokumen maupun gambar dalam pelbagai jenis bentuk.
Printer ini begitu penting bagi mereka melakukan kerja yang memerlukan bahan nyata atau mudah kata 'Hard Copy'. Ianya selalu digunakan oleh individu yang melakukan kegiatan baik tugas maupun cetak laporan yang memerlukan alat seperti printer.
Namun begitu, haruslah anda ambil tahu tentang perbezaan jenis printer yang terdapat di dalam dunia ini. Terdapat 2 jenis printer iaitu, INK JET dan LASER JET.
Apakah perbezaan kedua-dua jenis printer ini?

Laser jet
Kepantasannya mencetak pelbagai document menjadikan printer ini lebih diminati. Ia menggunakan drum sebagai alat yang menyebarkan warna pada kertas mengikut kepada maklumat yang di sampaikan daripada sinaran lampu laser.
Ink Jet
Printer ink jet pula memerlukan sedikit masa untuk ianya mencetak sesuatu document bergantung kepada saiz atau pun berapa banyak imej atau abjad yang terdapat didalam dokument bagi setiap sehelai kertas.
Contohnya, jika anda menggunakan 1/3 dari kertas berukuran A4, ia mungkin tidak mengambil masa untuk mencetak. Namun jika anda menggunakan 1/2 atau sepenuhnya dari pada kertas A4, anda dapat bayangkan masa yang diambi. Apatah lagi jika anda mencetak gambar yang ber resolusi tinggi. Anda juga perlu menggunakan kertas yang lebih tebal untuk mencetak gambar kerana dakwan merupakan cecair, jika kertas nipis sudah tentu kertas akan terkoyak atau tembus.
Ini kerana Ink Jet menggunakan sistem semburan dimana inkhead atau nozzle ini akan menyembur setiap dakwat ke atas kertas dan ianya perlu dilakukan dengan beberapa peringkat supaya dakwat yang di semburkan lebih rata dan tidak menembusi kertas.
Kenapa Lasejet lebih mahal dari Ink Jet
Laser Jet
Setiap color atau tonner memerlukan 1 drum bagi setiap satu tonner. Dan setiap bahagian tonner terdapat sinaran lampu laser yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk digital kepada drum. Untuk mendapatkan kualiti yang terbaik, ianya perlu menggunakan laser yang berkualiti dan tahan lasak.

Selain dari itu, laser jet menggunakan dakwat dalam bentuk serbuk. Serbuk ini amat tinggi kosnya oleh kerana itu jugalah hasil kualiti yang anda akan dapat adalah amat memuaskan. Ianya juga tahan lama dan tidak mudah rosak jika terkena air (kecuali anda rendam kertas tersebut).
Sukar untuk anda mencari tonner yang tiruan yang berkualiti. Jika anda sewenang-wenangnya menggunakan tonner yang tidak berkualiti, ianya akan menjejaskan sistem printer. Dari situlah puncanya kertas tidak keluar, kertas tersanggkut, kertas menjadi kotor dan pelbagai lagi kerosakkan. Jadi seeloknya anda mendapatkan tonner printer yang Original dan Berkualiti.

Harga bagi tonner dari RM150 hingga RM250 bergantung kepada jenis printer dan tonner. So, amat sesuai bagi kegunaan pejabat besar saiznya.
Ink Jet
Printer ini hanya menggunakan cecair dakwat yang perlu di isi di dalam kotak katrij printer tersebut. Walaupun kualitinya kurang memberangsangkan, namun berpatutan dengan harganya.

Ada sesetengah printer membolehkan anda menggunakan sistem CISS Continuous Ink Supply System jika anda terperasan printer yang terdapat bekas di isi dengan dakwat di bahagian tepi printer, itulah CISS. Ianya memudahkan pengguna yang banyak mencetak dan amat memerlukan dakwat sentiasa ada.

Sistem ini tidak terdapat pada printer laser jet dan juga tidak ada satu pengeluar printer pun yang menjual sistem ini. Sistem adalah sistem custom atau diy. Dimana pihak ketiga yang mencipta sistem ini.

Anda tidak perlu membeli katrij berulang kali. Hanya perlu melabur sedikit wang untuk membeli sistem CISS dan jika dakwat sudah kering anda hanya perlu membeli dakwatnya sahaja. Setiap satu botol dakwat boleh didapati RM30 ke RM50 sahaja. Ada yang kurang kualitinya RM10 ke RM20 sahaja.
Printer seperti ni sesuai digunakan di rumah atau pejabat kecil yang hanya perlu mencetak document tanpa gambar yang banyak. Kebanyak penggunanya adalah di kalangan pelajar-pelajar institusi tinggi yang perlu mencetak pelbagai nota dan tugasan lain.
Mana satu yang perlu anda pilih?
Sebagai pebekal printer, kami amat terbuka untuk anda membuat pilihan antara Ink jet atau Laser jet. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurang.
Untuk mereka yang mementingkan kualiti gambar dan perlu melakukan kerja yang cepat, seharusnya anda memiliki printer Laser Jet. Anda boleh nilai kualiti yang anda akan dapat. Sudah pasti ianya amat terbaik!
Satu yang perlu anda tahu, satu unit toner harga mungkin sedikit mahal. Tapi, anda perlu juga tahu satu unit toner boleh mencetak sehingga 1000 hingga ke 2000 kertas. Kerana Laser jet amat kurang pembaziran dakwatnya berbanding printer Ink jet. Dan juga Laser jet mudah di selenggara.
artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang printer, tonner, katrij, catrij, printer supply, printer service, laser jet printer, ink jet printer, computer supply, it service, computer support, it support, it maintenance, computer service, it supply, ok computer solution, okcs, ok computer solution plt, ok computer solution it support
Post Created by Support It OKCS
Friday, 30 August 2013
Rhea Offshore Sdn. Bhd. merupakan antara syarikat pembina pelantar minya milik bumiputera yang sangat hebat. Mereka membina pelantar di sekitar perairan Malaysia dan di seluruh dunia.
kami sangat berbangga kerana bekerjasama dengan mereka yang mana jika mereka menghadapi masalah komputer, kami adalah yang pertama mereka akan hubungi.
Yang terbaru ini mereka mempunyai masalah pada komputer mereka yang didapati mempunyai virus. Keadaan komputer menjadi terlalu lembab dan melarat sehingga hang yang agak lama.
Technician kami mengambil komputer tersebut, dan membawanya ke permis untuk melakukan proses format.
Setelah selesai kami terus menghantarnya semula..
http://www.rhea.com.my/
artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang computer supply, it service, computer support, it support, it maintenance, computer service, it supply, rhea offshore sdn. bhd., ok computer solution, okcs, ok computer solution plt, ok computer solution it support

Friday, 23 August 2013
Evelove merupakan syarikat pengeluaran barangan bayi yang tersohor di Malaysia.
Pada 21 ogos yang lalu, Kami menerima panggilan dari Evelove yang menyatakan printer mereka mengalami kerosakan. Printer tersebut mempunyai masalah dimana apabila kita sudah print sesebuah document, ianya tidak dapat diterima oleh printer. Dan adakalanya Kertas seringkali tersangkut atau 'jam'. Sudah habis technician kami membelek printer tersebut, dari setting printer ke driver hinggalah ke usb connection, tidak juga kami jumpa penyelesaiannya. Akhirnya kami membawa pulang printer tersebut untuk pemeriksaan yang lebih teliti.
Setelah di periksa dengan teliti, alhamdulillah kami berjaya menjumpai masalah yang dihadapi oleh printer tersebut. Ianya berpunca daripada feeder tray tidak di pasangkan pada printer tersebut. Ini menjadi punca kertas yang masuk seringkali tersangkut atau 'jam'.
Setelah selesai kami melakukan pembaikpulihan, kami menghantarnya semula kepada pihak Evelove.
http://www.evelove.com.my/
artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang printer, tonner, katrij, catrij, printer supply, printer service, computer supply, it service, computer support, it support, it maintenance, computer service, it supply, evelove sdn. bhd., ok computer solution, okcs, ok computer solution plt, ok computer solution it support

Tanya Kami
Popular Posts
-
Printer adalah sebuah alat pencetak elektronik yang membolehkan anda untuk mencetak berbagai jenis data baik dokumen maupun gambar dala...
-
Refurbish atau Membaik pulih adalah produk atau barangan (biasanya elektronik) yang telah sebelum ini dikembalikan kepada pengeluar ata...
-
Kalau dahulu kami membuat vlog tentang penukaran screen. Kali ini kami memberi sedikit tips secara ringkas tentang cara penjagaan screen yan...